My pregnancy stories (English version will be available soon)
Inilah
"al-kisah" saya yang panjang dan lebar! Saya memang mengalami dysmenorrhea (senggugut) tahap serius
sejak remaja. Ada masalah "hormonal
imbalance" dan Gynae mengatakan sama ada saya sukar mengandung/tak dpt
zuriat/mudah keguguran.
1999
Ketika ini saya
bekerja sepenuh masa sebagai Eksekutif Komunikasi Korporat. Saya mengandung anak
sulung dan ia dianggap uneventful pregnancy. Yang sulung lahir seberat 2.3kg (low birthweight baby) pada minggu ke-37 secara normal. Fully
breastfed sehingga usia hampir 3 tahun.
2001
Mengandung anak
kedua. Masih bekerja sepenuh masa di KL. Saya tidak sedar saya mengandung
sehingga usia kandungan 12 minggu, kerana lactation-induced amenorrhea. Masih
meneruskan penyusuan sehingga usia kandungan 7 bulan, disarankan berhenti
kerana saya mengalami contractions. Yang kedua lahir ketika kandungan berusia 38 minggu, seberat 2.78kg. Saya meneruskan
penyusuan susu ibu sepenuhnya sehingga 2 tahun 3 bulan, sebahagiannya secara tandem nursing bersama kakaknya.
2002
Saya sudah
punyai dua org anak perempuan, saya meletak jawatan dan kami berpindah ke
Brunei pada April 2002 kerana mengikut suami yang dihantar bekerja di sana. Saya disahkan mengandung kali ketiga hujung tahun
tu. Pada minggu ke-11 mula pendarahan dan gugur pada minggu ke-14. Saya keluar masuk
hospital Panaga, Brunei beberapa kali setiap kali turun darah. Namun D&C tak dibuat kerana gugur
habis (complete abortion).
2003
Saya mengandung lagi.
Pemeriksaan dibuat di hospital Kuala Belait, Brunei. Kali ini pada scan minggu
ke-10 disahkan kembar. 2 jantung dan dua kantung. Kembar tak seiras. Tetapi pada
minggu ke 12, pendarahan bermula, bila diperiksa, satu jantung sudah tidak berdegup lagi dan saya mengalami mild contractions. Saya ditahan di
hospital seminggu, keluar "clots"
namun bayi satu lagi masih hidup. Saya dibenarkan balik ke rumah, tetapi masih
turun darah dan diarah untuk bedrest.
Pendarahan berterusan tetapi bayi satu lagi masih dalam keadaan baik, setiap
2-3 minggu sekali saya dimasukkan selama beberapa hari di hospital kerana turun
darah yang banyak dan keluar "clots"
atau kerana “contractions” yang
kuat. Beginilah keadaan saya dari minggu
ke-13 hingga minggu ke-18 apabila tiba-tiba saya hampir pitam kerana keluar
pendarahan banyak dan ada keluar “clots”
lagi. Saya dimasukkan ke hospital lagi dan diarah bedrest sambil diperiksa
tiap2 hari oleh pakar. Rupa-rupanya dah berlaku dilation sebanyak 2cm dan air ketuban sudah mula bocor. Saya juga menerima satu pint darah kerana tahap hemoglobin saya turun.
Akhirnya setelah
dua minggu terlantar, pada awal pagi 18 Ogos 2003, anak saya, gugur/lahir (stillborn)
dengan berat 480gm dengan cukup sifat pada minggu ke-20 dan dikebumikan di
Brunei. Saya melalui D&C utk
memastikan semua uri dan kantung kembarnya juga dibersihkan. Alhamdulillah,
saya pulih secara fizikal. Kami sekeluarga sedih namun redha dan pasrah. Saya
berpantang sendirian kerana tiada ahli keluarga berdekatan, sekadar kawan-kawan
seMalaysia yang banyak membantu. Anak-anak gadis saya masih terasa sehingga
kini betapa sedihnya masa tu sebab sudah bersedia menyambut adik lelaki mereka
setelah saya keluar hospital. Sebaliknya kami sekeluarga terpaksa ke tanah
perkuburan.... Innalillahi wa inna ilaihi rajiuun.
2005
Setelah pulang
dari Haji awal tahun itu, saya disahkan mengandung lagi. Alhamdulillah, hingga
minggu ke-10 masih kuat. Namun masuk minggu ke-11, saya mula turun darah dan
sekali lagi kehilangan bayi saya pada usia kandungan 13 minggu. Saya melalui D&C lagi, kali ini di Jerudong Park Hospital, Brunei.
2006-2007
Kami masih lagi
di Brunei. Saya mengandung lagi dan terus diletakkan dalam kategori “high risk”
dan diberi hormon “Duphaston” untuk
menyokong kandungan. Alhamdulillah, hanya ada sedikit pendarahan berlaku pd
minggu ke-12 tetapi seterusnya kandungan semakin kuat malahan saya dapat
teruskan menjadi adult swimming instructor sehingga kandungan masuk minggu ke-36. Pada minggu ke-38, anak ke-3 saya lahir seberat 2.9kg setelah saya mengalami sakit bersalin
dan berada selama 3 hari di hospital kerana kepalanya dah engage tetapi tersangkut
kerana kepalanya bersaiz besar. Alhamdulillah, dia lahir secara normal tanpa
bantuan sebarang ubat penahan sakit dan sebagainya.
2008-2009
Pada Oktober
tahun ini saya disahkan mengandung lagi. Scan
minggu ke-9 menunjukkan ada dua jantung dan dua kantung. Kembar lagi! Alhamdulillah,
semua lancar sehingga minggu ke-14 apabila berlaku pendarahan teruk. Saya
ditahan selama seminggu sehingga disahkan satu jantung sudah tiada lagi.
Walaupun masih turun darah, saya dibenarkan pulang dengan syarat meneruskan “bedrest”. Saya tidak lagi memandu untuk
menghantar atau menjemput anak-anak sekolah. Bayangkanlah bagaimana untuk
mendapatkan “bedrest” sepenuhnya
dengan 3 orang anak (yang ketiga berusia hampir dua tahun), sambil menguruskan
rumahtangga. Saya tidak pernah ada pembantu, jadi saya buat apa yang saya
mampu, Alhamdulillah, anak-anak rajin membantu.
Saya
keluar masuk hospital 2-3 minggu sekali selama 4-5 hari setiap kali kerana
turun darah terlalu banyak dan terpaksa dimasukkan IV serta bayi diperiksa.
Anak-anak suami uruskan, siang hari anak ke3 bersama saya dihospital, malam balik
dengan Ayahnya. Begitulah rutin setiap kali saya masuk hospital, tak pastilah
berapa kali!
Pada
minggu ke-23, tiba-tiba saya rasa ada
kebocoran air ketuban dan contractions yang kuat. Saya dimasukkan ke hospital
(emergency) dan diletakkan di bawah pengawasan rapi, dimasukkan IV serta
dimasukkan darah 1 pint. Gynae mohon
saya ditahan “indefinitely” sehingga bersalin. Jadi anak ke3 terpaksa dimasukkan
ke taska kerana saya tidak dibenarkan bangun kecuali untuk ke tandas. Seminggu
kemudian berlaku pulak dilation (3cm) jadi saya dimasukkan ke “labour room” selama 9 hari! Dalam tempoh
ini Erra Fazira bersalinkan anak sulungnya dan dah keluar pun dari hospital!
Saya memegang rekod tahun itu untuk orang paling lama dalam bilik bersalin!
Saya terpaksa menggunakan bedpan dan
solat berbaring dengan isyarat sebagaimana orang uzur. Pengalaman yang tidak
dapat dilupakan!
Akhirnya,
saya dibenarkan pulang ke wad bersalin biasa dibawah pengawasan rapi. Masih
dikenakan “bedrest”. Pada minggu
ke-26 saya disuntik dengan hormon untuk mematangkan paru-paru bayi. Orang lain
mengalami kenaikan berat badan, berat badan saya menyusut! Saya diperiksa
dengan rapi oleh pakar pemakanan dan pakar physio kerana saya telah mula
mengalami “muscular atrophy” kerana kurang bergerak. Otot-otot saya jadi lemah
kerana saya kehilangan “muscle tone”. Orang yg kurus dan aktif bila kurang
bergerak itulah akibatnya. Jadi dari minggu ke-26 saya akan dilawati setiap
pagi oleh pakar physio dan saya buat latihan menguatkan otot dan senaman lain
di atas katil! Pada masa tu nak angkat sebotol sos tomato pun tangan saya akan
bergetar!
Pada
13 April 2009 genap 28 minggu kandungan saya dan Gynae saya serta pakar Neonatologi mengesahkan keadaan bayi saya baik dan seberat sekitar 1kg dan kami pun
menetapkan tarikh 15 April 2009 untuk pembedahan. Saya amat gembira dan lega
mendengarkan keadaan itu, namun pada pagi itu jugalah kami sekeluarga menerima
berita sedih. Suami saya kehilangan adik lelakinya akibat
kemalangan bas ekspres 2 tingkat dekat Bukit Beruntung dalam perjalanan pulang
ke KL. Inna lillahi wa inna ilaihi rajiuun. Dia baru kembali ke kampong untuk
membeli cincin pernikahannya, yang dijadualkan pada penghujung Mei 2009. Suami
saya terpaksa melakukan pengecaman mayat adiknya, sijil kematian dan
menguruskan pelepasan jenazahnya. Suami dilarang oleh maknya untuk kembali ke
Kedah untuk urusan pengkebumian memandangkan saya akan bersalin lusanya. Pada
pagi 14 April 2009, adiknya selamat dikebumikan di kampungnya.
Suami pula bercuti “compassionate leave”
13 dan 14 April serta menyambung cutinya untuk “paternal leave” hari-hari berikutnya untuk menyambut orang baru.
Pada
15 April 2009, selepas solat Subuh, anak-anak dihantar seperti biasa ke sekolah dan ke taska. Suami ke hospital untuk persediaan pembedahan. Saya terpaksa dibius
separuh pada kadar minima untuk memastikan bayi tidak terjejas. Dalam bilik
pembedahan saya gementar kerana kali pertama dibedah. Alhamdulillah, suami di
sisi memegang tangan saya dengan setia. Bila prosedur bermula, saya terasa
pedih seperti dikelar-kelar. Kemudian apabila doktor mula memotong rahim, saya terasa
kepedihan dan kesakitan yang amat sangat, hingga tak dapat mengeluarkan
kata-kata. Saya sekadar menggenggam dengan kuat tangan suami sambil mengalirkan
air mata. Sayup-sayup saya terdengar suami berkata “She’s in pain, doctor, she’s in pain!” Beberapa saat selepas itu saya
diberikan gas anestetik dan terus tidak sedarkan diri.
Saya
tidak sedarkan diri selama sejam. Bila sedar saya terus bertanyakan bayi,
midwife katakan anak saya lelaki, dilahirkan pada 8.30 pagi, seberat 1.1kg,
selamat dan telah dibawa ke NICU. Suami saya sudah ke sana. Saya kemudian
dibenarkan pulang ke bilik wad dan kakak saya datang menemani. Namun saya mula
muntah-muntah dengan teruk dan terasa sangat lemah. Saya hanya teringatkan bayi
saya dan setelah 6 jam, suami turun sambil membawa video rakaman bayi saya.
Itulah kali pertama saya melihat anak saya! Dia memerlukan bantuan pernafasan dan
penuh berselirat dengan wayar dan sebagainya. Alhamdulillah, dia seorang
“fighter”, kata suami saya.
Hanya
awal pagi keesokan harinya saya gagahkan diri untuk duduk di kerusi roda dan
disorong oleh suami untuk ke NICU. Saya telah mula memerah colostrum pada
malam sebelumnya dan diambil dengan syringe oleh midwife dan disimpan bila bayi
saya perlukannya. Pagi itu jugalah suami ke JPN untuk mendaftarkan nama anak
dan menguruskan uri bayi. Hari itu jugalah saya dapati saya alah
kepada ubat penahan sakit (intravenous morfin) dan terpaksa dikeluarkan tiubnya dari
tulang belakang saya. Saya hanya bergantung kepada ubat penahan sakit (oral)
biasa yang jauh lebih rendah dosnya. Alhamdulillah, saya kuatkan semangat dan
menahan kesakitan, sambil meneruskan pemerahan susu dengan tangan serta
melakukan senaman ringan sendirian.
Secara
rasminya saya dibenarkan pulang 3 hari selepas bersalin, setelah 45 hari
dihospital. Namun saya dibenarkan oleh syarikat suami untuk kekal sebagai
“lodger” untuk memastikan saya dapat berehat, pulih dan berpantang hampir dengan bayi saya dan mudah membekalkan susu perahan. Bilik wad itu menjadi rumah kedua
kami! Anak-anak akan datang melawat sebelah petang sambil saya uruskan makan
minum, mandi-manda dan buat homework di hospital. Anak ke3 saya pulak bila melihat
saya kuat, enggan ke taska lagi. Dialah peneman saya di bilik hospital dan
apabila saya ke NICU untuk melihat adiknya di situ, dia duduk di kawasan “nursing station” menunggu saya.
Saya
berpantang bersendirian, saudara-mara yang terdekat mendapatkan dan memasak
ikan haruan kegemaran saya dan saya teruskan senaman demi mengekalkan tenaga
dan bekalan susu perahan. Alhamdulillah, setelah 2 minggu, ventilator di
keluarkan dan bayi saya bernafas sekadar menggunakan tiub biasa. Bayi saya dipindahkan dari NICU ke Special Care Nursery (SCN) setelah 3 minggu. Setelah
beratnya 1.6kg pada 34 minggu usia kandungan, saya memulakan kangaroo care dan
direct breastfeeding sejam setiap kali di SCN. Akhirnya dia dibenarkan pulang
ke rumah pada usia 63 hari dan berat mencecah 1.89kg. Saya memandu sendiri
pulang ke rumah hari itu, sambil menjemput anak-anak dari sekolah.
Alhamdulillah, anak ke-4 saya kini sihat, cergas, bijak, aktif dan telah mencapai semua “developmental milestones” yang
diharapkan bagi kanak-kanak seusianya, walaupun mungkin menghadapi sedikit
masalah penglihatan. Dia juga seorang abang yang baik....
2010
Saya
disahkan mengandung pada April 2010 dan kandungan pada ketika itu telah berusia 9
minggu! Lactation-induced amenorrhea
yang disangkakan berlanjutan, rupanya rezeki Allah buat kami lagi! Uneventful pregnancy, saya masih
meneruskan memandu, menguruskan anak-anak yang berempat serta meneruskan penyusuan
Muhammad sehingga kandungan masuk minggu ke-30. Tiba-tiba dalam minggu ke-32
saya terasa contractions dan sakit
yang amat sangat di sebelah kanan seperti disiat-siat dari dalam. Saya terus ke
emergency dan Gynae saya sahkan ada kemungkinan rahim saya sudah mula mengalami
regangan di kawasan pembedahan (scar tissue) yang terdahulu, mengakibatkan
sakit. Kepala bayi masih belum engage, jadi doktor kata perlu melalui
pembedahan sekali lagi. Pada minggu ke-34, lahirlah anak ke5 saya seberat 1.9kg. Dia dimasukkan
ke dalam incubator di SCN selama 6 hari dan dibenarkan pulang pada usia
seminggu dan seberat 2kg. Alhamdulillah, semuanya lancar dan saya pulang ke
rumah untuk berpantang dan dijaga oleh ibu mertua selama seminggu, seterusnya
oleh anak-anak gadis saya sendiri. Anak ke5 saya kini sihat, lasak, aktif, bijak dan
amat “observant” serta masih menyusu
sehingga kini pada usia 21 bulan dan InshaAllah akan diteruskan sehingga self-weaning sekitar hujung tahun 2012
ini.
Penutup
Setelah
lapan kali mengandung dengan 10 janin; 5 orang anak yang hidup, 3 bersalin
secara normal, dua secara pembedahan, 3 kali keguguran, beberapa tempat
penanaman uri, satu persemadian bayi kami di Brunei, beberapa ratus hari di
beberapa hospital yang berbeza, termasuk di perantauan, pengalaman dengan
beberapa pakar yang berbeza, semuanya pengalaman yang banyak pengajarannya.
Mengandung, bersalin, menyusui dan membesarkan anak-anak menjadi satu
pengalaman hidup yang amat saya hargai, walaupun tidak mungkin bagi saya
mengingati sepenuhnya setiap satu secara terperinci, terlalu banyak! Yang ada
pada saya ialah anak-anak yang semakin membesar, kesan pembedahan serta lebih
30 kesan suntikan (untuk IV) di kedua-dua lengan saya.
Saya agak sedih (namun kini pasrah) kerana saya telah dipujuk (dan telah melalui “bilateral tubal ligation”) untuk
memastikan saya tidak lagi mengandung, berikutan begitu banyak komplikasi rahim
(uterine complications) yang saya
alami. Alhamdulillah, rezeki Allah berikan melalui anak-anak dan kami tidak
akan sia-siakan segala pemberian Allah dalam membesarkan mereka. Walaupun ramai
yang pernah persoalkan bagaimana saya sanggup lalui semua ini, saya percaya dan
yakin, ini ujian kecil dari Allah. Allah sayangkan kita dan hanya akan menguji
setakat kemampuan kita. Maksudnya, kita perlu tingkatkan keyakinan kita pada
ketetapan Allah, usah mengeluh, sentiasa redha, dan tawakkal selain berusaha mana yang
patut. Yakinilah bahawa ada hikmah disebalik setiap sesuatu peristiwa dalam
hidup kita. InshaAllah, kita dapat lalui segalanya dengan baik dan dengan penuh
rasa takjub dengan kekuasaanNya.